March 09, 2009

Ban

Masa kecil-keci dulu sewaktu dikampung,rumah kami dekat sangat dengan kawasan sawah padi atau bendang kata orang utara.Keluar saja dari pintu depan rumah,toleh ke arah kiri,maka akan ternampaklah kawasan bendang yang saujana mata memandang.Cantik sungguh pemandangan tu.Sebelum padi masak ia bagai satu hamparan hijau yang sangat cantik dan pada masa padi masak ia akan kelihatan kekuningan.Apabila angin bertiup kencang,kita dapat mendengar bunyi desiran antara pokok2 padi itu yang pada aku amat menenangkan.Oleh kerana di kawasan bendang pula biasanya ada banyak tali air yang dipanggil ban oleh orang setempat,biasanya kami memangil kawasan bendang itu sebagai ban juga.

Ban menghimpun pelbagai kenangan buat aku kerana acap kali juga aku dan kawan-kawan menghabiskan masa petang kami bermain-main di sana sambil menghirup udara segar.Bau selut yang bercampur dengan pelbagai bauan kampung yang begitu unik padaku.Sekarang sungguh sukar untuk menghidu udara sebegitu segar lagi.Kasihan anak-anakku,tidak sempat merasai apa yang aku lalui.Zaman dah berubah,dunia dah maju...

Aku masih ingat pada satu masa cucu-cucu Tok Esah yang tinggal dibelakang rumahku semuanya hendak pergi menangkap ikan di ban. Aku pun tak mahu ketinggalan untuk ikut serta pergi menangkap ikan di ban. Lalu kusuarakan pada mak akan hasrat aku ingin mengikut mereka. Memandangkan Tok Esah yang sudah kuanggap bagai tok sendiri akan menemani kami,maka mak pun mengizinkan aku ikut serta.Masalahnya aku tiada umpan dan joran,maka menangislah aku.Demi tidak menghampakan aku,mak mengambil sebatang kayu,diikatkan satu hujungnya dengan tali rafia dan satu hujung lagi dibiarkan saja tak berikat.Kata mak sebagai tempat pautan umpan ikan nanti."Apa umpannya mak?" soal ku.Mudah saja,memandangkan aku geli pada cacing,katak dan sebagainya maka umpanku hanyalah tepung gandum yang digaul sedikit kunyit.Sungguh bangga rasanya aku dapat pergi memancing ikan bersama rakan-rakanku dengan joran dan umpan buatan sendiri ibuku.Sehingga ke hari ini aku masih ingat lagi akan rupa joran dan umpan buatan mak itu walaupun pada hari itu hanya aku seorang sahaja yang tak membawa pulang sebarang hasil tangkapan...hahhah...Aku rasa semua orang tahu sebabnya tapi tiada siapa pun yang meberitahuku...hahahh..Baguslah begitu kerana sehingga kini ingatan yang kekal tersemat dalam kotak fikiranku hanyalah tentang bagaimana mendalamnya kasih-sayang mak pada aku.. :)

Di ban ini ada sebatang titi dan titi inilah yang sering menjadi tempat aku dan kawan-kawanku berkelah..hahah..berkelah maksudnya berkumpul beramai-ramai disuatu tempat sambil memakan bekalan masing-masing yang dibawa dari rumah.Entah kenapa makanan menjadi bertambah-tambah sedapnya bila dimakan beramai-ramai di atas titi itu.Titi ini jugalah tempat para penerjun tiruk beraksi.Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat saban hari.Sungguh indah memori itu..

Kini sudah hampir 20 tahun aku meninggalkan kampung itu sejak kami berpindah ke bandar sewaktu aku berusia 12 tahun.Sepanjang tempoh itu aku tak pernah kembali sehinggalah 5 tahun lepas.Sudah terlalu banyak perubahan yang berlaku,ia bukan lagi sebuah kampung tradisional seperti dahulu.Semuanya sudah moden. Sudah tiada lagi rumah yang menggunakan air telaga atau dapur kayu untuk memasak.Semua itu hanya tinggal kenangan.Ban itu juga sudah berubah.Ia masih ada tetapi tiada lagi suasana keraian sepertimana 20 tahun nan lalu.

Tadika KEMAS

Masa aku kecik-kecik dulu aku tinggal di kampung.Kampung aku tu letaknya di Permatang Janggus,Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang.Itu bukan kampung asal mak dan bapak,kami cuma tingal di situ sbb dekat dgn tempat kerja mak dan bapak yang bekerja sbg guru pada masa tu.

Di kampung aku tu cuma ada sebuah sahaja Tadika KEMAS untuk seluruh anak-anak kampung tu belajar.Tadika aku pada masa tu tak lah secanggih tadika anak aku sekarang ni di Smart Reader Kid's tu dan tiada yuran pun yang dikenakan.Setiap pelajar cuma diwajibkan membeli dan memakai pakaian seragam iaitu baju kemeja putih dan skirt biru muda bagi pelajar perempuan dan kemeja putih dan berseluar biru muda bagi pelajar lelaki.

Sessi persekolah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tgh hari setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.Setiap hari kak lah yang akan hantar aku ke tadika ni dengan berjalan kaki.Kak akan pegang tangan aku erat-erat dan kami akan melintas jalan besar sebelum berjalan lagi lebih kurang 1.5km lagi melalui satu lorong yg kecil diantara rimbunan pokok-pokok besar dan paya kecil yang menembusi ke satu lagi laluan kecil yang diteduhi berapa pokok buah janggus (pokok buah gajus) sebelum sampai ke kubur!!:) Ya, laluan aku ke sekolah setiap hari pasti akan berdepan dengan kubur sebab tadika aku pada masa itu terletak berhadapan dengan kubur itu.Setiap hari itulah rutin laluan kami dan memandangkan kak sering menjadi teman setia aku setiap pagi ke tadika,aku tak pernah rasa takut melalui jalan itu.Walaubagaimanapun,keadaan sedikit berbeza ketika waktu balik sebab adakalanya kak tak sempat datang mengambil aku dan aku terpaksa melalui jalan itu sendirian.Pada masa itu aku akan berlari sekuat-kuat hati sampailah ke tepi jalan di mana kak sedia menunggu aku..hahahhah..takut sungguh aku masa tu!!Takut hantu!!hahhah..Tapi itu dulu,tak sama dengan masa sekarang.Dulu masyarakat masih mengambil-tahu keadaan org sekeliling,walau bukan anak sendiri masih banyak mata yang memandang dan menjaga agar tiada perkara buruk yang menimpa anak kecil yang berjalan sendirian dikala itu.Itulah indahnya kehidupan di kampung pada kala itu.

Suasana alam persekolahan di tadika aku pada masa itu juga amat berbeza dan jauh lebih santai daripada kanak-kanak zaman sekarang.Aku dan rakan-rakan aku pada masa itu menghabiskan kebanyakan masa kami mendengar cerita,belajar menyanyi,belajar ABC dan bermain permainan-permainan yang disediakan.Kami biasanya akan bermain masak-masak dan cikgu-cikgu.Kebanyakan jenis permainan yang dimainkan pada masa itu lebih kepada yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi kerana tadika di kampung tak seperti tadika di bandar,segalanya terhad.Namun,alhamdulillah mungkin dek kerana kekurangan itu aku diajar untuk lebih kreatif dan lebih berimaginasi.

Akan tetapi,perkara yang paling aku ingati tentang tadika KEMAS pada waktu itu ialah waktu makannya..hahhaha...setiap hari kami akan diberi makanan sebagai mengalas perut.Biasanya menu yang disediakan ialah serawa labu,serawa pisang,serawa ubi,serawak keledek,bubur gandum beserta secawan air MILO dalam cawan plastik kecil...hahhaha..Walaupun menunya hampir sama setiap hari tapi entah mengapa sehinga ke hari ini aku seakan-akan masih boleh merasai keenakan makanan-makanan yang ringkas itu.Mungkin keenakkannya dipengaruhi oleh suasana ketika itu yang begitu bebas daripada segala masalah dan masih begitu naif.. :)

Ini adalah apa yang masih aku ingati tentang tadika KEMAS yang menjadi tempat pertama aku menuntut ilmu 27 tahun nan lalu.Cepatnya masa berlalu...

Cerita Hindustan

Masa aku kecik-kecik dulu,mak dan bapak memang suka tengok cerita Hindustan.Macam-macam cerita yang kami tgk sama-sama.Antara cerita yang paling aku ingat ialah 'Hethi Mere Sathi' ,cerita pasai anak gajah yang sangat setia pada tuan dia.Sebenaqnya aku dah tak berapa ingat jalan cerita dia tapi yang paling aku ingat ialah reaksi mak dan bapak setiap kali depa tgk cerita nie..hahhaha..Lawak sungguh sebab setiap kali tgk cerita ni (atau apa-apa cerita Hindustan pun) bapak mesti akan menangih bersunguh-sungguh dan bapak ada cara tgk tv dan menangih dia yang sangat tersendiri..hahhah..ni cara bapak:

Sebelum cerita start bapak akan amik tempat.Tempat favourite bapak ialah di depan tv.Bapak takkan duduk ataih sofa sebaliknya dia akan duduk bersila betoi-betoi depan tv.Bila cerita dah nak start bapak akan suruh semua orang diam,bapak tak suka org buat bising masa dia nak tgk cerita-cerita favourite dia.Jadi pada masa ni mmg semua org akan diam la sebab kalau tidak nanti kena marah.Kalau tgk cerita ni ramai-ramai,bapak ada "sidekick" dia..hahhah..kak la tukang nangih sama-sama... :P Start ja cerita,bapak akan tgk bersungguh-sungguh.Tapi acara ayaq mata berlaku secara perlahan-lahan.Masa dok tgh tgk tu,sambil-sambil bapak nanti kesat tepi mata dia.Takkan ada bunyi teresak-esak atau apa-apa tanda lain yang bapak tgh sedih tgk cerita tue.Keadaan ni akan berlarutan sampailah cerita ni habih DAN bapak pun menoleh ke belakang!!hahahha...Mata bapak akan merah sangat dan hidung pun sampai kembang-kembang.."sidekick" bapak pun sama la jugak..hahha..Yang lawaknya ialah bila tgk bapak mata merah dan hidung kembang sbb sedih tgk cerita Hindustan,mak mesti akan terkekek-kekek gelakkan bapak sebab mak memang takkan menangih kalau tgk cerita-cerita dalam tv ni tak macam bapak yang lebih sentimental..hahahh..bapak pun akan gelak sama masa tu.. :)

Indah betoi memori tu,aku masih ingat lagi cara mak gelak sampai keluaq-keluaq ayaq mata dia.Lawak sungguh!!:) Tapi itu dulu,sekarang mak dah lama tak temankan bapak tgk cerita Hindustan sbb mak dah terlebih dulu tinggalkan bapak untuk bertemu dengan Ilahi.Bapak pun aku tgk dah lama tak dok bersila depan tv tgk cerita-cerita Hindustan lagi.Mungkin sbb cerita Hindustan la ni dah tak sebest dulu atau pun mungkin bapak tak seronok lagi tgk cerita Hindustan tanpa ditemani mak.Entahlah...

February 14, 2009

A new beginning..

A new beginning..I really think that title suits my first post in this blog..hahahh..because this is my 2nd attempt at blogging!!!hahah..

Yup!!I've tried it once but being too occupied with endless works and also the kids and managing the family..and the list is endless...I've stopped blogging for quiete sometime now..and have been missing it so..therefore I've decided to start blogging again..yeahhhh!!!:) I don't really know ahat I'll be blogging about..actually at first I was thinking of starting a food blog (ohh..I so loved to visit all those food blogs with all those interesting recipes and also the nice shots of food!!) but I'm not sure whether i can keep up with it..hmm..maybe one day I'll be able to materialised it!:)

So i have come to my decision thatt this blog will be entirely about me and my family and the things that happen along the way..I'm going to write about anything and everything that I wish..hahha..and of course there will be gramatical mistakes,the used of rojak languages etc but it doesn't matter because this blog is entirely mine!!hahahha

The journey begins..:P