March 09, 2009

Tadika KEMAS

Masa aku kecik-kecik dulu aku tinggal di kampung.Kampung aku tu letaknya di Permatang Janggus,Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang.Itu bukan kampung asal mak dan bapak,kami cuma tingal di situ sbb dekat dgn tempat kerja mak dan bapak yang bekerja sbg guru pada masa tu.

Di kampung aku tu cuma ada sebuah sahaja Tadika KEMAS untuk seluruh anak-anak kampung tu belajar.Tadika aku pada masa tu tak lah secanggih tadika anak aku sekarang ni di Smart Reader Kid's tu dan tiada yuran pun yang dikenakan.Setiap pelajar cuma diwajibkan membeli dan memakai pakaian seragam iaitu baju kemeja putih dan skirt biru muda bagi pelajar perempuan dan kemeja putih dan berseluar biru muda bagi pelajar lelaki.

Sessi persekolah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tgh hari setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.Setiap hari kak lah yang akan hantar aku ke tadika ni dengan berjalan kaki.Kak akan pegang tangan aku erat-erat dan kami akan melintas jalan besar sebelum berjalan lagi lebih kurang 1.5km lagi melalui satu lorong yg kecil diantara rimbunan pokok-pokok besar dan paya kecil yang menembusi ke satu lagi laluan kecil yang diteduhi berapa pokok buah janggus (pokok buah gajus) sebelum sampai ke kubur!!:) Ya, laluan aku ke sekolah setiap hari pasti akan berdepan dengan kubur sebab tadika aku pada masa itu terletak berhadapan dengan kubur itu.Setiap hari itulah rutin laluan kami dan memandangkan kak sering menjadi teman setia aku setiap pagi ke tadika,aku tak pernah rasa takut melalui jalan itu.Walaubagaimanapun,keadaan sedikit berbeza ketika waktu balik sebab adakalanya kak tak sempat datang mengambil aku dan aku terpaksa melalui jalan itu sendirian.Pada masa itu aku akan berlari sekuat-kuat hati sampailah ke tepi jalan di mana kak sedia menunggu aku..hahahhah..takut sungguh aku masa tu!!Takut hantu!!hahhah..Tapi itu dulu,tak sama dengan masa sekarang.Dulu masyarakat masih mengambil-tahu keadaan org sekeliling,walau bukan anak sendiri masih banyak mata yang memandang dan menjaga agar tiada perkara buruk yang menimpa anak kecil yang berjalan sendirian dikala itu.Itulah indahnya kehidupan di kampung pada kala itu.

Suasana alam persekolahan di tadika aku pada masa itu juga amat berbeza dan jauh lebih santai daripada kanak-kanak zaman sekarang.Aku dan rakan-rakan aku pada masa itu menghabiskan kebanyakan masa kami mendengar cerita,belajar menyanyi,belajar ABC dan bermain permainan-permainan yang disediakan.Kami biasanya akan bermain masak-masak dan cikgu-cikgu.Kebanyakan jenis permainan yang dimainkan pada masa itu lebih kepada yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi kerana tadika di kampung tak seperti tadika di bandar,segalanya terhad.Namun,alhamdulillah mungkin dek kerana kekurangan itu aku diajar untuk lebih kreatif dan lebih berimaginasi.

Akan tetapi,perkara yang paling aku ingati tentang tadika KEMAS pada waktu itu ialah waktu makannya..hahhaha...setiap hari kami akan diberi makanan sebagai mengalas perut.Biasanya menu yang disediakan ialah serawa labu,serawa pisang,serawa ubi,serawak keledek,bubur gandum beserta secawan air MILO dalam cawan plastik kecil...hahhaha..Walaupun menunya hampir sama setiap hari tapi entah mengapa sehinga ke hari ini aku seakan-akan masih boleh merasai keenakan makanan-makanan yang ringkas itu.Mungkin keenakkannya dipengaruhi oleh suasana ketika itu yang begitu bebas daripada segala masalah dan masih begitu naif.. :)

Ini adalah apa yang masih aku ingati tentang tadika KEMAS yang menjadi tempat pertama aku menuntut ilmu 27 tahun nan lalu.Cepatnya masa berlalu...

No comments:

Post a Comment