March 09, 2009

Ban

Masa kecil-keci dulu sewaktu dikampung,rumah kami dekat sangat dengan kawasan sawah padi atau bendang kata orang utara.Keluar saja dari pintu depan rumah,toleh ke arah kiri,maka akan ternampaklah kawasan bendang yang saujana mata memandang.Cantik sungguh pemandangan tu.Sebelum padi masak ia bagai satu hamparan hijau yang sangat cantik dan pada masa padi masak ia akan kelihatan kekuningan.Apabila angin bertiup kencang,kita dapat mendengar bunyi desiran antara pokok2 padi itu yang pada aku amat menenangkan.Oleh kerana di kawasan bendang pula biasanya ada banyak tali air yang dipanggil ban oleh orang setempat,biasanya kami memangil kawasan bendang itu sebagai ban juga.

Ban menghimpun pelbagai kenangan buat aku kerana acap kali juga aku dan kawan-kawan menghabiskan masa petang kami bermain-main di sana sambil menghirup udara segar.Bau selut yang bercampur dengan pelbagai bauan kampung yang begitu unik padaku.Sekarang sungguh sukar untuk menghidu udara sebegitu segar lagi.Kasihan anak-anakku,tidak sempat merasai apa yang aku lalui.Zaman dah berubah,dunia dah maju...

Aku masih ingat pada satu masa cucu-cucu Tok Esah yang tinggal dibelakang rumahku semuanya hendak pergi menangkap ikan di ban. Aku pun tak mahu ketinggalan untuk ikut serta pergi menangkap ikan di ban. Lalu kusuarakan pada mak akan hasrat aku ingin mengikut mereka. Memandangkan Tok Esah yang sudah kuanggap bagai tok sendiri akan menemani kami,maka mak pun mengizinkan aku ikut serta.Masalahnya aku tiada umpan dan joran,maka menangislah aku.Demi tidak menghampakan aku,mak mengambil sebatang kayu,diikatkan satu hujungnya dengan tali rafia dan satu hujung lagi dibiarkan saja tak berikat.Kata mak sebagai tempat pautan umpan ikan nanti."Apa umpannya mak?" soal ku.Mudah saja,memandangkan aku geli pada cacing,katak dan sebagainya maka umpanku hanyalah tepung gandum yang digaul sedikit kunyit.Sungguh bangga rasanya aku dapat pergi memancing ikan bersama rakan-rakanku dengan joran dan umpan buatan sendiri ibuku.Sehingga ke hari ini aku masih ingat lagi akan rupa joran dan umpan buatan mak itu walaupun pada hari itu hanya aku seorang sahaja yang tak membawa pulang sebarang hasil tangkapan...hahhah...Aku rasa semua orang tahu sebabnya tapi tiada siapa pun yang meberitahuku...hahahh..Baguslah begitu kerana sehingga kini ingatan yang kekal tersemat dalam kotak fikiranku hanyalah tentang bagaimana mendalamnya kasih-sayang mak pada aku.. :)

Di ban ini ada sebatang titi dan titi inilah yang sering menjadi tempat aku dan kawan-kawanku berkelah..hahah..berkelah maksudnya berkumpul beramai-ramai disuatu tempat sambil memakan bekalan masing-masing yang dibawa dari rumah.Entah kenapa makanan menjadi bertambah-tambah sedapnya bila dimakan beramai-ramai di atas titi itu.Titi ini jugalah tempat para penerjun tiruk beraksi.Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat saban hari.Sungguh indah memori itu..

Kini sudah hampir 20 tahun aku meninggalkan kampung itu sejak kami berpindah ke bandar sewaktu aku berusia 12 tahun.Sepanjang tempoh itu aku tak pernah kembali sehinggalah 5 tahun lepas.Sudah terlalu banyak perubahan yang berlaku,ia bukan lagi sebuah kampung tradisional seperti dahulu.Semuanya sudah moden. Sudah tiada lagi rumah yang menggunakan air telaga atau dapur kayu untuk memasak.Semua itu hanya tinggal kenangan.Ban itu juga sudah berubah.Ia masih ada tetapi tiada lagi suasana keraian sepertimana 20 tahun nan lalu.

No comments:

Post a Comment